Tuesday, March 29, 2011

hari sibuk

Dua tiga tempat satu hari aku terjah.Bangun pagi-pagi terus siap.Orang yang kenal aku mesti cakap aku pelik.Sebab aku bangun pagi wei.haha


Okay,hari ni bangun awal pagi dalam pukul 8 setengah gitu.Walaupun baru saja tidur pukul 5 setengah tadi. power tak aku? haha Okay apa-apa pun tetap kene bangun. Sebab hari ni saya dengan mama,abah,suma dan haiqal adik saya yang laki tu nak pergi sekolah adik perempuan saya tu. Yang nama dia Azriena Nathasa Zakaria tu.Dia dapat jadi 'princess' dalam drama bahasa inggeris jadinya lewat-lewat malam call-call saya nak pinjam gaun yang vogue-vogue tu.Jadinya saya bawak satu lori semata-mata nak suruh dia pilih. alahaii senoh penat aku cari pinjam ngan orang tu pinjam dengan orang ni.Nasib baik ada juga yang dia berkenan. ehee Okay sebelum pergi sekolah syasya pergi ambil suma yang rumah dia dekat tempat jin bertendang.Bak cakap mama aku lah.hee Lepas ambil suma benti kedai kejap.Suma nak beli barang tunggu lagi mata aku pun dah macam nak tertutup rapat. Ngantokkkkkk ! :( Lepas tu benti lagi suma nak beli nasi untuk kami.Lapar tahu ! Walaupun pagi tadi dah melantak. hee :) Okay aku malas dah nak bebel panjang-panjang.Mungkin entry ni bosan sikit sebab masa aku update blog ni aku tengah bosan gile gile. arghh ! Yang dekat bawah ni semua gambar-gambar pada hari tu. Sempat lagi aku buat jakun snap sana snap sini. Sebab nak letak dalam entry ni. heh heh
Kejadian pada 25/03/2011 tet.


Fakta terjadinya bangun lewat dikalangan remaja yang telah habis SPM.

  • selalu skype lewat malam
  • selalu menghabiskan masa dengan melepak dengan jiran 
  • selalu online lewat malam
  • selalu ber 'sms' lewat malam.tidak kira siapa
  • selalu kemas bilik pada lewat malam.sebab siang-siang kau sibuk keluar sana sini kan
  • selalu menonton tv sampai pagi.walaupun tv tu tengok kau wahalnya kau sedang sibuk online masa itu
  • selalu makan lewat malam lepas tu takkan terus nak tidur kan
  • selalu gayut lewat malam 
Kesudahannya : Apa kau dapat setelah kau bangun lewat?

  • semua kerja tak jalan
  • semua benda kau banyak tertinggal contoh : kene tinggal dengan mak,kerja rumah banyak tertinggal alasannya tak mampu nak habiskan dalam satu hari,sarapan kau tinggalkan kalau ada rezeki sempatlah makan kalau nasi tu tak basi,rancangan-rancangan tv yang best pun kau tertinggal,jogging pagi-pagi pun kau tinggalkan dan banyak lagi yang berkaitan dengan ''tertinggal'' yang boleh disimpulkan
  • semua orang dah sampai mana-mana tapi kau masih dekat atas katil layan tidur kau
  • semua yang terjadi selepas kau bangun tidur mesti kau akan panas telinga sebab memang dah pasti mama,mak,mamy,mum,mother,bonda,umi,ibu dan sewaktu dengannya akan bebel gile gile dekat kau semua.Mak mana yang senang mata tengok anak dia tidur tak bangun-bangun. hello! kau ingat kau puteri raja senang hati nak bangun sesuka hati kau? 
Okay cukuplah dengan fakta dengan kesudahannya.Aku pun tak tahu dah aku bebel apa. aduhh !






  1. camera sony abah punya.selalu ada dalam bag.sebab saya bajet artis-artis yang dalam bag ada camera kecik-kecik ni. haha
  2. phone saya sonyericson dah lame.cover phone dah pecah-pecah siap dah tanggal-tanggal color lagi.nampak sangat kat situ aku kuat msg 
  3. kunci rumah kalau tak dak kunci ni.mesti aku tak keluar rumah atau masuk rumah.kunci ini amat penting buatku
  4. jam solvil titus pemberian mama saya sempena hari jadi saya.suka sangat-sangat. Thank you Mama & Abah.LOVE YOU !
  5. purse vietnam mama yang belikan tapi dalam gambar ni tak nampak sangat sebab tak nak show off haha
  6. purse murah gile jenama taktahu haha beli dekat Terengganu.My sistah yang pilihkan
  7. vaseline nasib baik ada benda alah ni.bagus untuk aku sekaligus untuk kakak aku.yang mintak nak jadikan harta alasannya sebab malas nak beli sendiri. Alahaii
  8. tisu premier senang dan mudah pakai buang terus.sesuai dengan aku yang suka lap-lap ni. haha
  9. hand bag gucci mama beli dekat Bandung,Indonesia.Thank You Mama.LOVE YOU !

okay dah sampai rumah suma.kami dah nak gerak


suma please jangan nak buat muka terpenga-penga. hee


good haiqal.kau pandai pau mama kau dekat kedai tadi


eh eh kaki aku macam cantiklah haha


wahh hari itu cuaca amat baik.syukur Alhamdulillah :)


ni adik aku yang banyak hal tu.suka sangat mak dia bawak makanan.dalam masa yang sama dia suruh aku pujuk mama dia suruh kasi dia phone sebab dah kemarut nak ber 'sms' dengan boyfriend dia.haishh tak padan dengan calon PMR


abah tengah bukak air sambil bebel dekat haiqal yang sedang menghabiskan air.habis air dia curah dekat tanah alasannya nak basuh tangan


lapar lapar. makan makan

Okay lepas habis sesi dekat sekolah syasya.Mama ada nak singgah Paka nak beli barang.Pada masa yang sama saya terfikir macam nak pau mama sikit je.Nak jugak beli barang.hee Okay pujuk punya pujuk dapatlah jugak dua helai kemeja.hee haa gambar yang dekat bawah ni lah baju kemeja tu. tengoklahh . . . 


kemeja yang paling murah yang pernah aku beli.harga cantik patterns pun cantik. cunn


haa yang ni pun cantik tapi lengan pendek sikit.niat nak kasi dekat my sistah.entah dia nak tak. tahu lah


eh eh dah pakai dah. nak keluar pergi mall ni. hee

Okay sampai sini sahaja entry hari itu.Seterusnya entry lain pulak.Kejadian pada 26/03/2011.

Okay 26/03/2011 pun aku kene bangun awal sebab mama ajak pergi mengantar anak teruna.Aku nak cerita lebih-lebih aku pun tak tahu. Yang pasti jauh dalam pekan bosan nak boleh sampai sana jalan yang berliku-liku tapi pada masa yang sama aku tidur sebab bosan dalam kereta.hee entry ni pun aku malas nak cerita panjang-panjang korang tengok je lah gambar malas dah nak type. hee


ni masa nak gerak dah.kumpul dekat rumah kawan mama


Okay dah sampai.start dah nak berarak.masa nak berarak ni aku msg dengan ding tu.aku cakaplah panas kan.tapi sebaliknya dia cakap 'biasalah tu' haishh sabar je nyahh


orang lain sibuk jenguk-jenguk tengok pengantin yang sedang bersanding.yang aku boleh posing nak ambil gambar. hee tak bermotivasi langsung aku ni


eww aku gemuk. nak diet lah gini. haha jangan ding marah. wekk


awww muka mak datin plus mokcik mokcik panas


wahh damainya gambar ni.dengan permandangan yang dekat belakang tu. actually ada budak-budak tengah mandi-manda dekat belakang tu ( boo ba boo ba) haha


ishh tudung ni masa ni lah nak kembang. haiyaa


yeah dah bertukar. sebab nak pergi jalan-jalan tak larat nak heret baju kurung.kalau hari raya sangguplahh.hee 
*p/s : makanan kat atas tu best plus sedap.Hot & Roll apetah namanya. aku tak ingat sebab tahu makan je. hee

Okay sampai situ sahaja.walaupun awal lagi aku nak tidur awal. ehee sebab my sistah dah tidur dan my boyfriend pun sibuk dengan halnya sebab esok ada test.Okay lah semoga entry ni korang dapat baca walaupun tak berapa nak menarik. ehem okay selamat malam Malaysia ! Assalamualaikum




















Wednesday, March 23, 2011

,: result oh result

,: result oh result: "Hari untuk berpusu-pusu ke SMK RANTAU PETRONAS. waktu bergerak ke SMK RANTAU PETRONAS : 11.00pagi Okay hari ini hari rabu.Hari yang lain d..."

result oh result

Hari untuk berpusu-pusu ke SMK RANTAU PETRONAS.
waktu bergerak ke SMK RANTAU PETRONAS : 11.00pagi


Okay hari ini hari rabu.Hari yang lain dari yang lain.Tak sama dari hari rabu sebelum dan selepas ini.Sebelum hari rabu memang perasaan tak rasa apa-apa sebab memang tak dak perasaan pun.Okay pada malam hari pulak sebelum keputusan SPM belum keluar 'tuuu diaaaa' dah datang perasaan takot sebab kawan-kawan dah mula tanya berapa aku target. arghh ! masa tu dah mari perasaan berdebar-debar,tension,sakit kepala yang pelik-pelik,nak muntah,sakit perut,mabuk tak semena-mena,tergila, dan semua yang berkaitan dengan tajuk yang sesuai dengan tajuk menunggu keputusan SPM.Okay masa ni memang dah fikir macam-macam ..


Fakta berkaitan 'mesti' pada hari keputusan SPM diumumkan

  1. mesti lepas ambil result orang-orang mula cari kita *masa ni musuh pun boleh jadi kawan tau
  2. mesti call-call kita contoh : nak-nak makcik pakcik yang ada anak umur sama ngan kita. mesti beza-bezakan (yang ni aku tak berapa suka)
  3. mesti kalau keluar lepas ambil result contoh : (kita pergi sebuah shopping complek) jumpa ''orang-orang'' mesti orang akan tanyalah tentang result kita
  4. mesti lepas ambil result orang-orang akan berkumpul kat kita contoh : (ayat yang sangat popular di telinga)  wei wei kau dapat berapa ''A'' ??
  5. mesti cikgu-cikgu mesti tanya.  Nak-nak kalau cikgu tu cikgu yang ajar kita dalam kelas contoh : SYAFIKAA awak dapat berapa haaa ??
Fakta berkaitan 'mengelak' waktu lepas ambil keputusan SPM

  1. mengelak untuk jumpa oahli keluarga
  2. mengelak keluar rumah
  3. mengelak untuk keluar tempat-tempat yang ramai kawan-kawan & orang-orang yang sangat mengenali kita
  4. mengelak jawab call-call orang
  5. mengelak bercakap tentang keputusan SPM
  6. mengelak tunjuk muka pada khalayak umum
*ini hanyalah fakta


Peranan saya :  Bagi saya kita tidak perlu malu,segan,putus asa,tertekan, atau sebagainya kerana kita perlu berSYUKUR kerana kita tidak gagal. Kita sudah berjaya sampai ke tahap ini.Keputusan kita masih tercalit ''A'' walaupun kita tidak mendapat ''A'' sepenuhnya.Kita hanya mampu redha dan hanya mampu berkata ALHAMDULILLAH kepada ALLAH s.w.t.


*gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya !


Lepas ambil keputusan SPM cikgu-cikgu suruh kami kumpul sebab nak ambil gambar ramai-ramai untuk kenangan mungkin sebab cikgu dah tahu kot yang kami takkan pijak sekolah tu. hee Tapi tak apa rasa macam popular kejap sebab orang nak ambil gambar kita-kita. haha Dan selepas siap sesi gambar bergambar sudah sampai masa nak bawa keputusan yang dari tadi duk peluk ketat-ketat takut orang tarik tibalah masa untuk tunjuk kepada mak ayah. Okay nampaknya abah senyap mama senyum je.Okay keputusan pun dah selamat tunjuk kat abah mama kiranya sesi debaran kencang pun dah tamat dah selesai.Dan rakan-rakan saya yang saya jumpa masa nak balik sebulat suara nak pergi mall untuk sarapan dan seterusnya tonton movie. Hari ni murah je ticket RM6 je. hee dan tak lupa juga gambar-gambar dekat bawah ni akan menggambarkan tentang kisah si semek ambil keputusan dan berseronok pada hari ini bertarikh 23/03/2011 



dalam fail ada logo SMK Rantau Petronas ni ada result tau hee


hanya seramai ini calon SMK Rantau Petronas. sikit bukan?


prasan atau tak cikgu-cikgu bangga dengan kejayaan kami. I proud Malaysia !


tangan cikgu Normah menunjukkan tanda baguss jadinya kami baguslah. jeng jeng jeng


muka-muka yang dekat belakang tu muka-muka yang menerpa nama


Terima kasih guru-guru dan ibu bapa dengan sokongan yang tak pernah hilang
TERIMA KASIH !
WE LOVE YOU !
<3


ni Puteri Athirah dia kawan saya. kami sekelas 


ni budak kelas 5kreatif senyum elok. result okay ke kawan??


ni tak payah cakaplah aku cemburu memburu ngan korang. haishh


ni yang baju merah meletop ni budak kelas aku jugak dia lagi lah tak payah cakap 7A 1B. disini aku amat cemburu. wei hana aku nak pinjam otak ko boleh tak ?? haishh
dan yang baju hijau tu ayah hana tau,jangan cakap sambil lewa. seingat aku ayah hana pernah ceramah kami satu kelas tentang memberi kesedaran untuk menghadapi SPM. saya nak berterima kasih atas ceramah yang pakcik sudah sampaikan. ceramah pakcik sedikit sebanyak mendorong kami untuk berjaya. ehee


ni saya atika ausi. muka kami macam puas hati kan? 


ni sedang berbincang nak ke mall or tak


ni sarapan aku chicken grill. best gile. tak caya korang pergilah mesra mall. tah pape


okay put sampai terus duduk


ni nak tengok wayang pun sempat lagi gayut. orang ni call. orang tu call.sibuk betol orang-orang ni nak tahu result orang. haishh pantang aku


movie ni memang best.lawan-lawan dengan alien.pape pun aku takut tengok movie ni sorang-sorang.tengok ramai-ramai pun nak dekat 10 kali terkejot. hee



ni muka tengah tunggu order


ni muka yang agak tertekan akibat orang ramai menelefon dan menghantar pesanan ringkas (sms)


ni muka lepas ambil result. happy semacam. haha yang ni memang tak dak orang kacau sebab boyfriend aku pun tak layan aku masa ni sebab dia ada kelas.kakak aku pun sama.makcik pakcik aku memang confirm tak call sebab dorang tak dak no phone aku lagipun kalau dia call sure dia menangislah dengar result aku sebab anak dia pun tak mampu nak tanding aku. cehh ayat belagak je semek nihh. *p/s : tapi saya tak riak


sebelum kedarah


selepas kedarah


melayan kerenah ausi alias yang beria-ria nak makan chocolate indulgence


jasmine tea & camomile tea
ausi alias cakap : camomile tea dok sedak, tapi jasmine tea sedap. sebab aku yang pilih. haha


tika cuba berfikir nak bawak balik tak sikit gula ni macam banyak je lebih. haha tak tak tipu je nihh


okay masa untuk pulang dah satu hari suntuk kat mall. hai senoh nak balik pun sempat gossip kah?? haha


gambar-gambar ini telah memberitahu anda semua betapa cool tak kami lepas ambil result terus melencong ke mall. hee dan sampai di sini sahaja kisah pada hari ini.sekarang pun sudah pagi baik saya cepat-cepat tidur sebab takut esok kene bebel teruk dengan mama saya. hee 


*kepada yang tidak berjaya janganlah berputus asa. 
*kepada yang berjaya Alhamdulillah.
*mungkin yang tidak berjaya itu bukan tiba masanya lagi.mungkin di University nanti anda akan berjaya.

okay selamat pagi Malaysia :)

































Monday, March 21, 2011

sedapp

Lagu ni sedapp macam makan goreng pisang panas ! best


Mungkin aku orang paling lambat dalam dunia sebab baru dengar lagu dari Najwa Mahiaddin ni, tapi takpalah walaupun aku paling lambat aku nak jugak cerita sikit-sikit tentang lagu ni. Okay lagu ni aku dengar kat mana entah tak salah kat tv rumah aku kot time dengar siap cepat-cepat ambek phone save title lagu ni sebab takot lupa. Bila dah save malam-malam bole layann hee. Okay bercerita tentang lagu Najwa Mahiaddin memang sumpah best bagi aku lah best. Tak tahulah korang-korang dengar tak best ke kan. First time aku dengar lagu ni idea aku pun datang nak inbox kat kakak aku sure dia suke lah sebab dia memang suka lagu-lagu yang ala ala gedik santai menyantai ni. ehe okay aku pun inbox lah kat dia. Dan lepas dia dengar see dia cakap best ! Okay bercerita tentang 'best' dalam video clip ni semua best. Tempat best, hero pun best,i pad lagi-lagi best,microfone pun best,kereta pun best,baju-baju yang Najwa Mahiaddin pakai pun best panjang kata semua-semua best lah. Ternyata saya cemburu disitu kerana i pad tu gile-gile best. *mama : saya perlu dapat result 'terbaikk' baru bole dapat i pad ke camne :( hmm
Stop bercerita tentang i pad saja-saja buat aku cemburu memburu arghh ! Walau bagaimana pun saya bangga kerana suara artis Malaysia setanding dengan suara artis luar negara jadinya saya berbangga disitu. Dan kalau korang tak percaya apa yang saya cakap tentang lagu ni memang best korang perlu dengar sendiri dan hayatilah kat bawah ni. BEST !


Dengarlahh ..



video clip TERBAIKK

Okay bercerita tentang video clip ni sudah pasti korang, makcik, pakcik,kakak,abang,adik yang agak kuat koya mesti terfikir tentang couple anda semua dan mesti terfikir macam mana kalau  berlakunya keadaan seperti yang telah dipaparkan dalam video clip dekat atas ni. Bagi saya kalau teman lelaki saya buat macam tu saya akan bagitahu dia You got to go (go go go) haha. Hal ini bukan permintaan tapi kalau terjadilah dan kalau tak jadi lagi baik Alhamdulillah amin. Tapi mana tahukan kalau-kalau saya dah naik berat badan ke,saya dah tak sesopan dulu ke,saya dah tak sesantun dulu ke,saya dah tak secantik dulu ke,saya tak sebaik dulu ke,saya tak seayu dulu ke panjang kata semua berkenaan dengan 'se' bole diangkut jugak ye. Adakah Muhammad Khairuddin Bin Zaikira akan menerima saya dengan seadanya atau sebaliknya. Okay awak tak perlu komen kat sini. Awak just msg saya lepas baca blog saya ni.Okay??

Okay sampai disini saja kisah malam dah nak masuk pagi pun. hee esok kalau saya rajin saya post-post banyak lagi. okay selamat malam dan selamat pagi Malaysia ! Assalamualaikum

nothing

Hari ini tiada apa-apa yang berlaku.

Mula dari bangun tidur.Hari ni elok-elok je hujan lebat mak ku masuk bilik kejotkan aku dari tidur perasaan time tu jangan cakap lah kenapa saya diganggu. Woi kau gile ke hape, memanglah kau kene bangun sebab matahari dah ada atas kepala. haha Okay nampaknya memang kene bangun. Sebelum bangun cubit-cubit kene lepuk-lepuk memang perkara biasalah. Okay kau bangun mandi. Lepas tu pergi dapur untuk breakfast. ehem breakfast apa ke bendanya dah nak masuk tengahari ni tapi bagi aku kiranya breakfast lah tu. hee Lepas sarapan pagi lepak depan tv. haishh macam nak datang ngantok balik sebab perut dah kenyang kan. hee takpe syafika tahan jangan tidur tak elok lah wei.  Camnilah anak dara zaman sekarang siang-siang dah cerah baru nak mulakan hidup kepada En.Zaikira dan Cik Salmi mak dan ayah perlu berfikir panjang-panjang nak ambek saya sebagai menantu hee hishh perasan betul semek ni. haha 

Datang bosan (sumbak) !

Dalam duk tengok tv,tv pun dah tengok aku. Aku pun datang idea nak msg khairuddin tanya dia free tak. Tapi malangnya dia tengah rest lepas tu ada kelas pukul 2:30. Okay kita bole lihat memang tak dak siapa pun bole teman aku. hm takpe takpe. be cool bebeh! Sekarang sudah pukul 1:20 adik aku yang namanya Haiqal pun dah balik dari sekolah sudah pasti dia memang nak main games pakai laptop aku. arghh! tapi bukan lama pun pukul 2:00 dia dah blah pergi kafa. Haa masa ni aku tengok laptop aku on je tak off-off okay dari aku bosan sorang-sorang tak dak orang lain lebih baik aku update blog. Hati ku mula tersentuh nak cerita kan tentang hati aku yang meronta-ronta nak update blog-nak update blog. Okay nak sangat kan update blog tapi tak dak tajuk best. Aku mula koya+nebeng+gedik nak cerita pasal perasaan aku terhadap semua yang aku paparkan kat bawah ini.

Lihatlah :)
ini cintaku akan ALLAH s.w.t


ini jiwa ragaku Zakaria Bin Ahmad & Aini Binti Wahab


ini jantung hatiku Norsyamira Binti Zakaria


ini buah hatiku Muhammad Khairuddin Bin Zaikira


ini pengubat dukaku Azriena Nathasa Binti Zakaria & Azmiruddin Shahril Haiqal Bin Zakaria


okay semua yang kat atas ni benda yang sangat-sangat penting dalam hidupku

Aku tahu sure korang cakap aku gedik lah nebeng lah macam aku sorang ada tuhan, aku sorang ada mak ayah, aku sorang ada kakak, aku sorang ada boyfriend, aku sorang ada adik perempuan ngan adik lelaki tapi niat aku bukan nak menunjuk atau sebagainya aku hanya nak bagi tahu dekat korang yang semua ada kat atas ini. Betapa pentingnya ini semua untuk kehidupanku. Jika semua ini tiada aku bagai patah kaki patah tangan :(
eh eh mula cerita sedih pulak. okay okay kalau tak dak boyfriend bole cari tapi tak semestinya senang nak cari yang faham ngan perangai kita,yang faham cara kita, yang bole terima budaya kita, yang sanggup lihat kita gila-gila and something like that lah. hee Dan bukan itu sahaja jika kita tiada ibu bapa apa yang akan terjadi kepada kita yang umur pun tak sampai setahun jagung ni. Dan jika kita tiada kakak dan adik mungkin kita akan cuba mencari kawan yang perangai seperti kita yang banyak mengerjakan keseronokkan dan mungkin jika kita tiada kakak dan adik kita tidak mungkin akan ditegur oleh mereka tentang diri kita yang banyak kekurangan ini. Jadi fikir-fikirlah pesanan ini buat diriku dan mereka-mereka yang kian jauh tapi aku tah tahu sejauh mana. hee

hari ini semua ini sahaja yang terjadi. jika saya rajin saya akan update lagi untuk malam ini. okay bye semua selamat tengahari dan petang Malaysia