Wednesday, March 23, 2011

result oh result

Hari untuk berpusu-pusu ke SMK RANTAU PETRONAS.
waktu bergerak ke SMK RANTAU PETRONAS : 11.00pagi


Okay hari ini hari rabu.Hari yang lain dari yang lain.Tak sama dari hari rabu sebelum dan selepas ini.Sebelum hari rabu memang perasaan tak rasa apa-apa sebab memang tak dak perasaan pun.Okay pada malam hari pulak sebelum keputusan SPM belum keluar 'tuuu diaaaa' dah datang perasaan takot sebab kawan-kawan dah mula tanya berapa aku target. arghh ! masa tu dah mari perasaan berdebar-debar,tension,sakit kepala yang pelik-pelik,nak muntah,sakit perut,mabuk tak semena-mena,tergila, dan semua yang berkaitan dengan tajuk yang sesuai dengan tajuk menunggu keputusan SPM.Okay masa ni memang dah fikir macam-macam ..


Fakta berkaitan 'mesti' pada hari keputusan SPM diumumkan

  1. mesti lepas ambil result orang-orang mula cari kita *masa ni musuh pun boleh jadi kawan tau
  2. mesti call-call kita contoh : nak-nak makcik pakcik yang ada anak umur sama ngan kita. mesti beza-bezakan (yang ni aku tak berapa suka)
  3. mesti kalau keluar lepas ambil result contoh : (kita pergi sebuah shopping complek) jumpa ''orang-orang'' mesti orang akan tanyalah tentang result kita
  4. mesti lepas ambil result orang-orang akan berkumpul kat kita contoh : (ayat yang sangat popular di telinga)  wei wei kau dapat berapa ''A'' ??
  5. mesti cikgu-cikgu mesti tanya.  Nak-nak kalau cikgu tu cikgu yang ajar kita dalam kelas contoh : SYAFIKAA awak dapat berapa haaa ??
Fakta berkaitan 'mengelak' waktu lepas ambil keputusan SPM

  1. mengelak untuk jumpa oahli keluarga
  2. mengelak keluar rumah
  3. mengelak untuk keluar tempat-tempat yang ramai kawan-kawan & orang-orang yang sangat mengenali kita
  4. mengelak jawab call-call orang
  5. mengelak bercakap tentang keputusan SPM
  6. mengelak tunjuk muka pada khalayak umum
*ini hanyalah fakta


Peranan saya :  Bagi saya kita tidak perlu malu,segan,putus asa,tertekan, atau sebagainya kerana kita perlu berSYUKUR kerana kita tidak gagal. Kita sudah berjaya sampai ke tahap ini.Keputusan kita masih tercalit ''A'' walaupun kita tidak mendapat ''A'' sepenuhnya.Kita hanya mampu redha dan hanya mampu berkata ALHAMDULILLAH kepada ALLAH s.w.t.


*gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya !


Lepas ambil keputusan SPM cikgu-cikgu suruh kami kumpul sebab nak ambil gambar ramai-ramai untuk kenangan mungkin sebab cikgu dah tahu kot yang kami takkan pijak sekolah tu. hee Tapi tak apa rasa macam popular kejap sebab orang nak ambil gambar kita-kita. haha Dan selepas siap sesi gambar bergambar sudah sampai masa nak bawa keputusan yang dari tadi duk peluk ketat-ketat takut orang tarik tibalah masa untuk tunjuk kepada mak ayah. Okay nampaknya abah senyap mama senyum je.Okay keputusan pun dah selamat tunjuk kat abah mama kiranya sesi debaran kencang pun dah tamat dah selesai.Dan rakan-rakan saya yang saya jumpa masa nak balik sebulat suara nak pergi mall untuk sarapan dan seterusnya tonton movie. Hari ni murah je ticket RM6 je. hee dan tak lupa juga gambar-gambar dekat bawah ni akan menggambarkan tentang kisah si semek ambil keputusan dan berseronok pada hari ini bertarikh 23/03/2011 



dalam fail ada logo SMK Rantau Petronas ni ada result tau hee


hanya seramai ini calon SMK Rantau Petronas. sikit bukan?


prasan atau tak cikgu-cikgu bangga dengan kejayaan kami. I proud Malaysia !


tangan cikgu Normah menunjukkan tanda baguss jadinya kami baguslah. jeng jeng jeng


muka-muka yang dekat belakang tu muka-muka yang menerpa nama


Terima kasih guru-guru dan ibu bapa dengan sokongan yang tak pernah hilang
TERIMA KASIH !
WE LOVE YOU !
<3


ni Puteri Athirah dia kawan saya. kami sekelas 


ni budak kelas 5kreatif senyum elok. result okay ke kawan??


ni tak payah cakaplah aku cemburu memburu ngan korang. haishh


ni yang baju merah meletop ni budak kelas aku jugak dia lagi lah tak payah cakap 7A 1B. disini aku amat cemburu. wei hana aku nak pinjam otak ko boleh tak ?? haishh
dan yang baju hijau tu ayah hana tau,jangan cakap sambil lewa. seingat aku ayah hana pernah ceramah kami satu kelas tentang memberi kesedaran untuk menghadapi SPM. saya nak berterima kasih atas ceramah yang pakcik sudah sampaikan. ceramah pakcik sedikit sebanyak mendorong kami untuk berjaya. ehee


ni saya atika ausi. muka kami macam puas hati kan? 


ni sedang berbincang nak ke mall or tak


ni sarapan aku chicken grill. best gile. tak caya korang pergilah mesra mall. tah pape


okay put sampai terus duduk


ni nak tengok wayang pun sempat lagi gayut. orang ni call. orang tu call.sibuk betol orang-orang ni nak tahu result orang. haishh pantang aku


movie ni memang best.lawan-lawan dengan alien.pape pun aku takut tengok movie ni sorang-sorang.tengok ramai-ramai pun nak dekat 10 kali terkejot. hee



ni muka tengah tunggu order


ni muka yang agak tertekan akibat orang ramai menelefon dan menghantar pesanan ringkas (sms)


ni muka lepas ambil result. happy semacam. haha yang ni memang tak dak orang kacau sebab boyfriend aku pun tak layan aku masa ni sebab dia ada kelas.kakak aku pun sama.makcik pakcik aku memang confirm tak call sebab dorang tak dak no phone aku lagipun kalau dia call sure dia menangislah dengar result aku sebab anak dia pun tak mampu nak tanding aku. cehh ayat belagak je semek nihh. *p/s : tapi saya tak riak


sebelum kedarah


selepas kedarah


melayan kerenah ausi alias yang beria-ria nak makan chocolate indulgence


jasmine tea & camomile tea
ausi alias cakap : camomile tea dok sedak, tapi jasmine tea sedap. sebab aku yang pilih. haha


tika cuba berfikir nak bawak balik tak sikit gula ni macam banyak je lebih. haha tak tak tipu je nihh


okay masa untuk pulang dah satu hari suntuk kat mall. hai senoh nak balik pun sempat gossip kah?? haha


gambar-gambar ini telah memberitahu anda semua betapa cool tak kami lepas ambil result terus melencong ke mall. hee dan sampai di sini sahaja kisah pada hari ini.sekarang pun sudah pagi baik saya cepat-cepat tidur sebab takut esok kene bebel teruk dengan mama saya. hee 


*kepada yang tidak berjaya janganlah berputus asa. 
*kepada yang berjaya Alhamdulillah.
*mungkin yang tidak berjaya itu bukan tiba masanya lagi.mungkin di University nanti anda akan berjaya.

okay selamat pagi Malaysia :)

































4 comments:

  1. terbaek aa. sy dulu xde pon pas amek result g mkn secret resepi bagai. blk umah mama masak je.
    hahahaha.
    lagi satu kan, dulu cgu bg slip tu je. ala yg nipis tu. xdop2 pon file mcm u oll. jeles sdikit disini. nk jugak file lawa tu.

    ReplyDelete
  2. haha saya nak balik okay lepas ambil result tapi abah yang suh still sana jangan balik.maybe abah srabut perut kot tengok muka saya kat rumah.hee semalam mama tak masak pun tu lah makan secret resepi.hee angah pun taktahu cikgu akan kasi file secantik tu sebab skolah lain file biase je. maybe cikgu tahu senang sikit nak sorok slip tu. syamira cemburu lahh

    ReplyDelete
  3. bes2...hehe...update lagi bnyak2..baru ade mde nak wat..hehe

    ReplyDelete
  4. hahaha trimass sayang. nanti update. just tak larat nk type jeh. hee

    ReplyDelete